Saturday, September 15, 2012

Untungnya jadi Wanita...

 



SEKADAR GAMBAR HIASAN

PARA SUAMI PERLU TAHU DAN SEDAR betapa mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak… Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka, kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak….. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.........

2] Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini… dia bekerja dengan Allah... jadi 'kilang ' manusia..... Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan, dia tak wajib sembahyang.... Cuti ini bukan cuti suka hati, tapi cuti yang Allah beri, sebab dia bekerja dengan Allah…Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga sampai habis nyawanya...

3] BILA WANITA ITU MENGANDUNG anak daripada benih suaminya, sepanjang masa dia mengandung itu, Allah sentiasa mengampunkan dosanya…. Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.... Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita... jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah…. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga…. ALLAHU AKBAR...

4] SEMASA MENGANDUNG, maka beristighfarlah para malaikat untuknya... Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari segala kebajikan yang dilakukan, dan menghapuskan darinya kejahatan...

5] Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah...

6] Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya...

7] Susukanlah anak….. jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak…. SEMUA INI ADA PAHALA DARI SISI ALLAH... Kurang tidur kerana menjaga anak kecil, juga berpahala dari sisi Allah SWT.... Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan hamba sahaya dengan ikhlas...

8]  Untuk peringatan semua wanita yang bersuami…. seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala, tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung…. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari…. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid…. atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua...


waallahu'allam........

No comments: