Saturday, September 15, 2012

Larangan Mencela makanan


DALAM SEHARIAN KITA SEWAKTU MENGAMBIL MAKANAN,PASTIKAN BAHAWA MAKANAN YANG KITA AMBIL ITU BERMANAFAAT BAGI TUBUH KITA. PASTIKAN JUGA MAKANAN YANG KITA MAKAN ITU MEMENUHI KEPERLUAN BADAN KITA. JANGANLAH DISEBABKAN TEKAK, PERUT MENJADI MANGSA.....

Islam menganjurkan umatnya menghargai NIKMAT YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH Subhanahu wa Ta‘ala dan MELARANG MENCELANYA... Antara nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap makhlukNya ialah MAKANAN... Makanan itu suatu nikmat yang sangat penting bagi manusia, kerana manusia perlukan makanan untuk hidup...

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin bahawa SEHARUSNYA SEORANG MUSLIM ITU REDHA DENGAN REZEKI DAN MAKANAN YANG ADA... Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya... Dalam hal ini, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan contoh terbaik yang patut diteladani... Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan: Maksudnya: “NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM TIDAK SEKALI-KALI MENCELA MAKANAN... Jika Baginda menyukainya Baginda memakannya, dan jika Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya (tidak memakannya)” ... (Hadits riwayat al-Bukhari)...

Dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu berkata: Maksudnya: “Aku tidak pernah sekali-kali melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mencela makanan.. Sesungguhnya apabila Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan apabila Baginda tidak menyukainya Baginda diam..”... (Hadits riwayat Muslim)..

Imam an-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa ANTARA ADAB MAKAN YANG PENTING UNTUK DIJAGA IALAH TIDAK MENCELA SESUATU MAKANAN YANG DIRASAKAN TIDAK SEDAP ATAU TIDAK MENEPATI CITA RASA; UMPAMANYA MENGATAKANNYA MASIN, MASAM, KURANG GARAM, CAIR, TIDAK CUKUP MASAK dan sebagainya... Sebahagian ulama mengharuskan mencela makanan jika ianya bertujuan untuk menegur cara masakannya, bukannya bertujuan untuk mencela makanan tersebut... Bagaimanapun, menurut Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalaani Rahimahullah, mencela makanan boleh melukakan hati orang yang memasaknya.... Akan tetapi jika ianya bertujuan untuk kebaikan masa hadapan, iaitu supaya masakan tersebut dapat diperbaiki, maka tidaklah menjadi kesalahan menurut sebahagian ulama.... Jika dihidangkan sesuatu makanan sedangkan makanan tersebut tidak disukai ataupun tidak pandai memakannya, maka diperbolehkan menolak dengan mengatakan: “Saya tidak menyukai makanan ini” atau “Saya tidak biasa atau tidak pandai memakannya” atau, dengan apa jua ungkapan yang seumpamanya...

No comments: