Sunday, April 1, 2012

Jalan-Jalan ke Sungai Besar, Selangor - Part 1

Niat nak pergi ke Sungai Besar dah lama terpendam. Isteri aku beberapa kali ajak kesana, cuma aku tak berkesempatan. Selain dari tempat shopping kain dan pakaian murah, Sungai Besar terkenal dengan perusahaan kerepek berasaskan ubi kayu dan pisang dan kawasan penempatan nelayan yang terkenal hasil laut seperti Mentarang.

Aku sekeluarga bertolak pada pagi sabtu jam 10.00 pagi dari Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Dari Tol Putra-Mahkota aku terus je  masuk ke highway Elite-KLIA menuju Bukit Jelutung, Shah Alam. Kemudian masuk ke Guthrie Highway dan terus susur masuk ke LATAR Highway melalui Sungai Buloh dan susur keluar ke Kuala Selangor.

Dari Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan ke Sungai Besar melalui pekan Tanjung Karang. Aku pernah sampai ke pekan ni 10 tahun dulu. Sekarang pekan ni dah banyak berubah. Dulu ada pasar harian yang agak usang, sekarang dah bertukar dengan pasar moden yang lebih bersih.

Setelah hampir 2 jam perjalanan, anak-anak semua semua dah kelaparan, aku tercari-cari mana tempat nak singgah, akhirnya kami singgah makan Mee udang di Kampung Batu 10,jalan Tanjung Karang- Sabak Bernam. Selepas makan, kami terus je ke masjid yang terletak bersebelahan dengan warung tu untuk solat zohor. Kebetulan disebelah Masjid ni terdapat pusat tahfiz, waktu solat zuhur tu terdapat ramai anak-anak yang berserban bersama solat berjemaah. Kecil-kecil lagi mereka sudah di tarbiyah dengan cara hidup islam baik dari segi berpakaian dan pergaulan.



                       Sedapp...Mee Udang ..ada lebih 6 ekor udang dalam mangkuk ni...hu hu

Kami meneruskan perjalanan melalui pekan Sekinchan, dikiri kanan jalan terlihat panorama sawah padi yang menghijau sayup mata memandang. Kedapatan juga bangsal-bangsal menjual buah mangga yang sinonim dengan pekan Sekinchan, jambu dan jagung di sepanjang jalan. Aku tak pasti mangga ditepi jalan tu memang hasil keluaran Sekinchan ataupun mangga Siam!

                                                    Sekinchan..sawah padi menghijau...

Mangga Sekinchan...banyak gerai disepanjang jalan

1 comment:

stenote said...

Artikel dan foto-foto menarik! Kunjungi juga Longji Rice Terraces di Guilin China. Baca juga artikel di stenote-berkata.blogspot.com/2017/12/sawah-padi-di-longji.html.
Lihat juga video di Youtube https://youtu.be/-FEADXHsiSM