Tuesday, April 3, 2012

Jalan-jalan ke Sungai Besar,Selangor - Part 2

Melepasi Sekinchan, kami sampai ke destinasi pertama, perkampungan Sungai Haji Dorani. Aku memang dah booking apartment di D'Muara Marine Resort yang terletak muara sungai di kampung ni. Kami memasuki jalan kecil menuju ke resort, kiri-kanan jalan ada gerai menjual ikan dan sayur kampung. Resort terletak dalam 2 km dari jalan besar, kami sampai di resort tu dalam pukul 2 petang. Waktu tu air surut, kawasan resort memang sunyi sepi waktu tengah hari, panas berbahang, kelihatan hanya bot nelayan tersadai diatas tebing. Bau kurang menyenang menusuk hidung, mungkin bau sisa-sisa ikan dan bau lumpur kerana air surut.

                                             Jalan masuk ke D'Muara Marine Park Resort
                                                            Pintu masuk ke resort

                                 Kawasan resort berhadapan dengan Jetty nelayan waktu air surut

Setelah meninjau- ninjau kawasan resort sekejap, kami buat keputusan tidak jadi bermalam di situ.
Aku teruskan perjalanan ke destinasi utama...Pekan Sg.Besar. Jarak lebih kurang 6 km dari resort tadi. Aku teruskan mencari hotel penginapan di sekitar pekan, ada beberapa hotel yang aku masuk tengok, semuanya hotel bajet, hotel cina yang agak uzur aku rasa tak berapa selesa nak tidur kat situ!

Aku teruskan misi mencari sampai ke Sabak Bernam, tetapi semua dah penuh! Kecewa... aku berpatah balik ke Sg.Besar mencari Shah Jehan homestay. Kebetulan ada satu rumah 2 bilik yang masih kosong...homestay ni adalah rumah teres sederet tujuh pintu, terletak dalam kawasan berpagar dengan tuan rumah duduk dikawasan yang sama, jaraknya dalam 300 meter dari pekan, memang bersih dan selesa untuk kami sekeluarga..satu malam RM170.00 masih berbaloi daripada menyewa bilik hotel.

Lepas makan dan rehat sebentar kami keluar ke pekan Sg.Besar, tinjau-tinjau kedai mana nak shopping esok...memang dah ada dalam kepala kedai mana satu nak pergi. Kemudian kami pergi semula ke resort Sg. Hj Dorani, nak tengok nelayan pulang dari laut. Aku sampai dalam jam 6 petang, waktu tu semua nelayan dah pulang...

Aku bertanya kepada seorang abang yang sedang membersih bot, katanya nelayan kampung tu pergi kelaut selepas subuh, pulang waktu petang lepas zuhor. Ada juga yang keluar selepas waktu Asar menangkap ikan Bawal pulangnya sekitar jam 2 pagi. Susahnya kerja nelayan ni ye...kelaut yang belum tentu rezekinya... sikit atau banyak, malah ada yang pulang kosong!  Jika dibandingkan dengan kita yang makan gaji, hujung bulan dah tahu berapa masyuk.

Di Jetty nelayan, berhadapan resort waktu petang macam ni, ramai juga orang bersantai melihat air pasang, nelayan sedang membersih bot dan peralatan menangkap ikan.


Bot nelayan waktu air pasang

 
Panorama menarik... melihat matahari terbenam dari jetty nelayan
bangunan yang di depan tu adalah chalet D'Muara resort diatas air

Sunday, April 1, 2012

Jalan-Jalan ke Sungai Besar, Selangor - Part 1

Niat nak pergi ke Sungai Besar dah lama terpendam. Isteri aku beberapa kali ajak kesana, cuma aku tak berkesempatan. Selain dari tempat shopping kain dan pakaian murah, Sungai Besar terkenal dengan perusahaan kerepek berasaskan ubi kayu dan pisang dan kawasan penempatan nelayan yang terkenal hasil laut seperti Mentarang.

Aku sekeluarga bertolak pada pagi sabtu jam 10.00 pagi dari Bandar Bukit Mahkota, Bangi. Dari Tol Putra-Mahkota aku terus je  masuk ke highway Elite-KLIA menuju Bukit Jelutung, Shah Alam. Kemudian masuk ke Guthrie Highway dan terus susur masuk ke LATAR Highway melalui Sungai Buloh dan susur keluar ke Kuala Selangor.

Dari Kuala Selangor kami meneruskan perjalanan ke Sungai Besar melalui pekan Tanjung Karang. Aku pernah sampai ke pekan ni 10 tahun dulu. Sekarang pekan ni dah banyak berubah. Dulu ada pasar harian yang agak usang, sekarang dah bertukar dengan pasar moden yang lebih bersih.

Setelah hampir 2 jam perjalanan, anak-anak semua semua dah kelaparan, aku tercari-cari mana tempat nak singgah, akhirnya kami singgah makan Mee udang di Kampung Batu 10,jalan Tanjung Karang- Sabak Bernam. Selepas makan, kami terus je ke masjid yang terletak bersebelahan dengan warung tu untuk solat zohor. Kebetulan disebelah Masjid ni terdapat pusat tahfiz, waktu solat zuhur tu terdapat ramai anak-anak yang berserban bersama solat berjemaah. Kecil-kecil lagi mereka sudah di tarbiyah dengan cara hidup islam baik dari segi berpakaian dan pergaulan.



                       Sedapp...Mee Udang ..ada lebih 6 ekor udang dalam mangkuk ni...hu hu

Kami meneruskan perjalanan melalui pekan Sekinchan, dikiri kanan jalan terlihat panorama sawah padi yang menghijau sayup mata memandang. Kedapatan juga bangsal-bangsal menjual buah mangga yang sinonim dengan pekan Sekinchan, jambu dan jagung di sepanjang jalan. Aku tak pasti mangga ditepi jalan tu memang hasil keluaran Sekinchan ataupun mangga Siam!

                                                    Sekinchan..sawah padi menghijau...

Mangga Sekinchan...banyak gerai disepanjang jalan