Seorang hamba Allah telah bertanya kepada Aishah r.a.ha:
"Terangkan kepada saya sesuatu yang luar biasa mengenai sembahyang Rasulullah."
Aishah menjawab:
"Tiada sesuatu yang biasa mengenai diri beliau. Tiap-tiap sesuatu yang dilakukan luar biasa. Pada suatu malam dia berbaring bersama-sama aku, beberapa ketika kemudian beliau berkata:
"Sekarang biarlah aku menyembah Allah, Pemberi rezekiku."
Sambil berkata demikian, beliau pun bangun mendirikan sembahyang yang dengan segala perasaan iklas dan tawadhu. Semasa berdiri sembahyang, beliau menangis. Demikian juga keadaannya apabila beliau roko' dan sujud. Setelah bangun dari sujud, keadaan beliau masih tidak berubah. Demikianlah halnya sehingga Bilal melaungkan suaranya menandakan waktu fajar telah menjelang tiba.
Lalu Aishah/Bilal(x pasti) mengatakan kepadanya:
"Ya Rasulullah, tuan tidak berdosa kerana Allah telah mengampuni tiap-tiap dosa tuan, mahupun yang telah lalu ataupun yang akan datang, Tetapi tuan masih memandang rendah diri tuan sendiri.
Rasulullah menjawab:
"Aku sepatutnya berterima kasih kepada ayat-ayat yang telah diwahyukan oleh Allah kepada aku pada hari ini yang berbunyi:
" Sesungguhnya mengenai kejadian langit-langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu ada beberapa tanda bagi mereka yang berfikiran. Yang mengingati Allah sambil berdiri dan sambil duduk dan sambil berbaring dan memikirkan tentang kejadian langit-langit dan bumi lalu berkata: "Hai Tuhan Kami! Engkau tidak menjadikan semua ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau! Maka oleh itu lindungilah kami dari azab neraka" (ali Imran 3: 190-191)
Ada tersebut di dalam Hadith yang kaki Nabi bengkak-bengkak kerana beliau memanjangkan rakaat dalam sembahyang. Beberapa orang telah bertanya kepadanya:
"Ya Rasulullah, tuan tidak berdosa, mengapa pula tuan bersembahyang bermati-matian?"
Beliau menjawab: " Apakah tidak patut aku berterima kasih kepada Tuhanku
Sumber > Halaqah.net
No comments:
Post a Comment