Thursday, November 15, 2012
Tuesday, November 13, 2012
Isteri-isteri Rasulullah SAW
Banyak dari kita yang tidak mengenal dengan baik latar belakang
Rasullullah. Mengapa banyak dari kita yang sepertinya tidak ambil kisah dengan
sejarah Rasul.
Salah satu yang sering sekali kita lupakan adalah
juga termasuk tentang isteri-isteri beliau. Untuk sekadar menambah pengetahuan
dan kecintaan kita kepada Rasullullah, berikut ini saya berikan nama-nama isteri
Nabi yang tercatat dan sejarah singkat pernikahannya.
1. Khadijah
Khadijah yang menikahi Nabi (25 tahun) saat dia
sudah berusia 40 tahun. Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita pedagang
yang mulia dan kaya raya. Nabi adalah seorang pemuda miskin yang hanya sekadar
penggembala.
Selama hidup dengan Khadijah, Nabi hanya mempunyai
seorang isteri saja sampai akhirnya Khadijah wafat.
Pernikahan Nabi dan Khadijah berlangsung 25 thn
setelah kepulangan beliau dari Syam.
2. Aisha
Aisha RA adalah anak perempuan Abu Bakar yang
dinikahi oleh Nabi saat berusia sekitar 7-9 tahun m. Tetapi kerana usia yang
masih terlalu muda, Nabi hanya mula tidur dengan Aisha ketika berusia 9 tahun.
Sewaktu menikahi Aisha, usia Nabi saat itu sekitar 50 tahun. Tentang umur
perkahwinan Aisha ini masih menimbulkan kontroversi, akan kita dibincangkan di
posting berikutnya.
Pernikahan ini diperkitakan terjadi pada tahun 620
M, beberapa bulan selepas kematian Khadijah, isteri pertama Nabi.
Ia hidup sampai akhir hayat Nabi. Ketika Nabi
wafat, dia berumur 18 tahun, ia meninggal diumur 57 tahun.
3. Hafsah
Hafsah adalah putri dari Umar. Sebelum berkahwin
dengan Nabi, Hafsah sebelumnya telah berkahwin dengan Khunais yang gugur ketika
perang Uhud. Pernikahan dengan Nabi dilakukan sekitar 7 bulan selepas Hafsah
menjanda.
Khunais gugur sebagai pahlawan syuhada dalam
perang Uhud, maka tinggallah Hafsah sebagai janda mujahidin dalam usia 18
tahun.
Hafsa dinikahi Nabi di tahun 625, 3 bulan selepas
penghijrahan ke Madinah. Dia berumur 19 tahun dan Nabi berumur 55 tahun ketika
berkahwin. Dia hidup bersama Nabi selama 8 tahun sampai akhirnya Nabi meninggal
pada tahun 669 pada umur 63.
Sebelum berkahwin dengan Nabi, Zainab adalah bekas
menantu Nabi dari anak angkat, Zaid bin Haritha. Zainab adalah satu-satunya
isteri Nabi yang langsung dijodohkan oleh Allah SWT kepada Nabi serta
membukukannya dalam Al-Qur’an.
Nabi saat menikah dengan Zainab berusia 58 tahun,
Zainab berusia sekitar 35 tahun. Zainab meninggal tahun 641 setelah wafatnya
Nabi.
5. Safiah
Dalam peperangan di Khaibar, pasukan Rasullullah
menakluk kaum Yahudi Khaibar. Akibat peperangan tersebut Safiah yang baru
berusia 17 tahun kehilangan suaminya yang bernama Kinanah yang baru menikahinya
1 bulan. Safiah yang cantik jelita kemudian diambil sebagai isteri oleh
Nabi.
Safiah sebelumnya hendak diambil oleh Dihyah,
namun setelah Rasul mengetahui betapa Safiyah hanya layak bagi Rasul, maka Rasul
memutuskan untuk menikahi Safiyah. Sebagai gantinya, Rasul memerintahkan Dihyah
untuk menikahi tawanan wanita yang lain.
Safiyah dinikahi oleh Rasul ketika dia berumur 17
tahun dan Nabi waktu itu berusia 58 tahun. Pernikahan dilangsungkan pada hari
yang sama setelah ayah dan suaminya wafat dalam pertempuran. Dia hidup bersama
Nabi selama 4 tahun, dan berumur 21 ketika Nabi wafat.
Safiyah wafat pada tahun 673 pada umur 60
tahun.
6. Juwariya
Dalam salah satu peperangannya, pasukan Rasul
berjaya mengalahkan suku Mustaliq yang dipimpin oleh Harith, anaknya yang
bernama Juwariya menjadi tawanan. Dalam salah satu kesempatan Juwariya ingin
menemui Nabi untuk membicarakan pembebasannya. Saat itu Nabi sedang berada di
rumah Aisah dan penyelesaian yang diajukan Nabi untuk melindunginya adalah
dengan menikahinya.
Nabi menikahinya pada tahun 628, ketika Nabi
berusia 58 tahun dan Juwairiah 20 tahun. Juwariya berkahwin dengan Nabi selama 4
tahun sampai Nabi wafat.
7. Maria Qibtidaiya
Maria adalah seorang budak wanita yang diberi
sebagai hadiah untuk mengikat tali shilaturahmi dari seorang gabenor Mesir
kepada Nabi. Maria Qibtidaiya adalah seorang wanita yang cantik.
Tidak ada catatan rasmi tentang status pernikahan
ini tentang berapa usianya saat dinikahi, namun ada yang menyebutkan bahawa usia
Maria waktu dinikahi Rasul adalah sekitar 20 tahun.
Maria meninggal lima tahun selepas meninggalnya
Nabi SAW.
Dianggarkan perkahwinan Maria dan Nabi terjadi
pada sekitar tahun 7/8 H. Maria melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama
Ibrahim tetapi anak lelaki satu-satunya ini meninggal pada tahun 10 H.
8. Hindun binti Abu Umaiyah / Ummu
Salamah
Hindun adalah janda dari Abu Salmah yang mempunyai
4 oang anak. Abu Salmah sendiri meninggal di tahun 4 H. Setelah menjanda banyak
lelaki yang ingin meminang Hindun diantaranya adalah Abu Bakar dan Umar. Namun
pinangan kedua lelaki ini ditolak oleh Hindun. Kemudian barulah Nabi mengajukan
pinangan yang diterima oleh Hindun. Pernikahan dilaksanakan tahun 4 H bulan
Syawal. Hindun meninggal sekitar tahun 59 H dalam usia 84 tahun.
Hindun dinikahi Nabi ditahun 4 H, ketika Hindun
berusia sekitar 30 tahun, dan Nabi 56 tahun.
9. Raihana
Dalam perang melawan kaum Yahudi bani Quraiza,
pasukan Rasul berjaya mengalahkan pasukan musuh. Akibat dari perang ini, maka
banyaklah janda-janda yang memerlukan perlindungan. Satu dari wanita yang
menjadi janda adalah Raihana yang sangat cantik.
Tidak jelas berapa usia Raihana saat menikahi
dengan Nabi.
10. Saudah
Tidak ada data yang tepat tentang usia Saudah saat
menikah dengan Nabi. Saudah meninggal tahun 54 H dalam usia sangat banyak yang
bererti 44 tahun sudah nabi wafat. Saudah sendiri diceritakan sebagai wanita
yang tidak menarik dan digambarkan sebagai wanita yang amat besar, lebih tinggi
di antara wanita, dan dia tidak dapat menyembunyikan dirinya dari sesiapa yang
telah mengenalinya.
Diriwayatkan oleh Aisha: Manakala Rasulullah ingin
berpergian, dia akan mengundi siapa isterinya yang akan menemani dia. Dia akan
membawa isteri yang namanya terundi. Dia biasanya menetapkan kepada setiap dari
mereka satu hari dan satu malam. Tetapi Sauda bint Zam’a melepaskan (gilirannya)
siang dan malam dia kepada Aisha, isteri Nabi, demi untuk mencari kesenangan
Rasulullah (dengan perbuatan demikian)
11. Zainab binti Khuzaimah
Zainab binti Khuzaimah (bukan binti Jash) adalah
janda dari Ubaid bin Haris yang meninggal ketika perang Uhud. Pergaulan rumah
tangga Rasulullah dengan Zainab tidaklah berlansung lama. Setengah riwayat
mengatakan hanya selama 8 bulan, ada pula yang menyampaikan sekitar 4 bulan
saja. Para sejarawan mengatakan bahawa Zainab meninggal dalam usia 30 tahun pada
tahun ke 4 hijrah. Tidak ada catatan rasmi tentang mengapa Zainab meninggal di
usia yang begitu muda.
12. Ramlah binti Abu Sufyan / Ummu
Habibah
Ramlah adalah anak Abu Sufyan yang dinikahkan
dengan Abdullah bin Jahasy yang dikurniakan seorang anak perempuan. Mereka
termasuk golongan yang ikut hijrah ke Habasyah (Ethopia). Namun di Habsyah
Abdullah bin Jahasy pindah agama menjadi Nasrani dan jadilah Ramlah hidup
sendiri. Oleh kerana Rasul menolong Ramlah dengan cara menikahinya pada tahun 7
H, saat itu Ramlah telah berusia 40 tahun.
13. Maimunah
Maimunah adalah isteri terakhir Nabi SAW. Berasal
dari keluarga bangsawan Quraish. Saat Nabi SAW melakukan ibadah haji pada tahun
7 H, maka oleh bapa saudaranya yang bernama Abbas bin Abdul Muthalib dicadangkan
agar Nabi menikahi Maimunah yang akan menguatkan ikatan persaudaraan. Nabi
bersetuju dan perkahwinan dilakukan di Saraf sektiar 10 km dari Mekah. Usia
Maimunah saat itu sekitar 30 tahun.
Maimunah adalah janda dari Aba Rahim bin Abdi
I’zzi.
Subscribe to:
Posts (Atom)